POLIS DAN MASYARAKAT BERSAMA MEMELIHARA KETENTERAMAN DAN KESELAMATAN NEGARA.

   

Rabu, 26 Januari 2022 – Ketua Polis Negeri Sembilan , Yang Dihormati DCP Dato’ Mohamad Bin Mat Yusop menyeru seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri Sembilan agar mengekalkan semangat jitu dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pasukan, masyarakat, bangsa serta negara.

PDRM perlu lebih berinteraksi dengan masyarakat kerana ia akan mengeratkan silaturahim, meningkatkan keyakinan dan kesefahaman. Ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali polis dengan lebih dekat dalam membentuk persepsi dan pendapat mereka. Bertindaklah sebagai sebuah pasukan, bergerak bersama untuk membanteras jenayah dan keganasan demi memelihara ketenteraman dan keselamatan negara yang tercinta.

Perkara itu merupakan antara intipati amanat beliau pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Negeri Sembilan anjuran Jabatan Pengurusan di perkarangan Ibu Pejabat Polis di sini, pagi tadi. Turut berlangsung majlis penyampaian Sijil Penghargaan Ketua Polis Negeri Sembilan kepada 25 warga kerja PDRM yang telah mempamerkan prestasi cemerlang dalam bidang tugas masing-masing. Hadir sama barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam.

   
Sumber : FB Polis Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut