MOU PROJEK LESTARI KELANTAN BERNILAI RM2.23 BILION

KOTA BHARU, 27 Januari 2022 – Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Usahasama Pelaburan Projek Lestari Kelantan Antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Nextgreen Global Berhad di sebuah hotel, semalam.
Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut dengan Kerajaan Negeri diwakili oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha manakala Nextgreen Global Berhad diwakili Pengarah Urusan, Dato’ Lim Thiam Huat dan Pengarah, Dato’ Mohd Yusof Din.
Turut hadir, Timbalan Menteri Besar, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua-ketua jabatan dan kakitangan Nextgreen Global Berhad.

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …