Etika pemakaian: Skirt atas lutut tidak dibenar masuk Seri Negeri

Seri Negeri

AYER KEROH – Mana-mana wanita mengenakan skirt perlu mematuhi kod etika pemakaian iaitu melebihi paras lutut sekiranya ingin berurusan di pejabat Pusat Pentadbiran Kerajaan di Seri Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari berkata, orang ramai perlu menghormati kod etika pemakaian berkenaan seperti mana yang telah ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Mereka perlu memakai pakaian sopan mengikut kod etika pemakaian pada waktu pejabat seperti yang ditetapkan JPA, bagi mengelakkan kes tidak dibenarkan masuk.

“Bagi lelaki berseluar panjang, manakala wanita pula berbaju kurung atau pakaian menutup aurat.

“Jika pakai seluar pendek atau mengenakan skirt di atas paras lutut memang tidak dibenarkan masuk kerana kita (kalau) nak datang ke pejabat kerajaan perlulah pakai pakaian sesuai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Zaidi mengingatkan, kod etika pakaian itu juga terpakai di semua pejabat kerajaan dan bukan di Seri Negeri sahaja.

Sumber : Melaka Hari Ini

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut