CPRC PULAU PINANG SEDIAKAN PLATFORM PELAPORAN KENDIRI MENERUSI PORTAL COVID-19 PULAU PINANG

Pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang memohon kerjasama individu yang dilaporkan atau disahkan positif ujian COVID-19 untuk menjalankan pelaporan kendiri kepada JKN Pulau Pinang sekiranya belum dihubungi oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelaporan kendiri tersebut boleh dilakukan menerusi pautan ?????? ?????-?? ????? ?????? yang telah disediakan untuk tindakan lanjut oleh pihak JKN Pulau Pinang.

Pihak JKN Pulau Pinang berharap urusan pengurusan kes-kes positif COVID-19 dan pengesanan kontak rapat akan dapat digerakkan dengan lebih efisien dengan pelaporan kendiri ini. Portal tersebut turut menyediakan info-info terkini berkenaan COVID-19 di Negeri Pulau Pinang untuk informasi bersama.

#KeluargaMalaysia

Sumber:
Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …