Manfaatkan kelonggaran Tahun Baharu Cina sebaiknya – KM


KETUA Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali beramah mesra dengan Soh Tee Tong, 107 sambil diperhatikan anaknya yang juga lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann di Alor Gajah.Photo/MHI

AYER KEROH – Masyarakat Tionghua di negeri ini perlu memanfaatkan kelonggaran bagi acara tradisi makan besar dan aktiviti ziarah diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebaiknya dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal.

Katanya, SOP Jabatan Perpaduan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini tidak seperti tahun lalu yang hanya membenarkan tidak lebih 15 ahli keluarga bagi tradisi makan besar.

“Setakat kelmarin 93 peratus rakyat Melaka sudah lengkap vaksinasi, manakala 35 peratus sudah menerima dos penggalak, jadi saya yakin Jabatan Perpaduan memberi kelonggaran menyambut perayaan tidak seperti dahulu.

“Varian Omicron semakin meningkat jadi suka saya menasihati mereka yang menyambut Tahun Baharu Cina supaya menjaga dan mematuhi SOP ditetapkan.

“Dengan mematuhi SOP ini, InsyaAllah kita boleh bergerak dan mengadakan aktiviti dalam perayaan seperti biasa, waima perayaan apapun dengan syarat patuhi SOP ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, demikian selepas melawat individu paling tua di daerah Alor Gajah, Soh Tee Tong berusia 107 tahun di kediamannya di Jalan Kolam Air, Alor Gajah di sini, hari ini.

Dalam lawatan itu, Sulaiman sempat beramah mesra bertanyakan resepi kesihatan Tee Tong yang juga bapa kepada lagenda bola sepak negara, Datuk Wira Soh Chin Ann.

Sulaiman turut menyampaikan sumbangan dan hamper kepada Tee Yong bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique, mengumumkan acara makan besar pada 31 Jan ini dibenarkan bersama ahli keluarga dan saudara-mara, tidak seperti tahun lalu yang dihadkan kepada hanya 15 ahli keluarga yang tinggal dalam jarak 10 kilometer radius.

Penganjuran rumah terbuka tidak dibenarkan tetapi resepsi Tahun Baru Cina dibenarkan melibatkan individu mendapat jemputan dengan 50 peratus kapasiti ruang.

Sumber : Melaka Hari Ini

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …