PROGRAM ‘TALK TO US’ IPD PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 5 JANUARI 2021Program ‘Talk to Us’ peringkat IPD Putrajaya telah diadakan bertempat di Lobi Galeria PjH, Presint 4 Putrajaya. Program ini bertujuan mendekati masyarakat bagi mendapatkan maklumbalas segera tentang keberkesanan perkhidmatan dan program yang dianjurkan dalam mendidik masyarakat berkenaan pencegahan jenayah dibawah inisiatif ‘Modern Policing’ Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

 

 

Memupuk dan menyemai semangat persefahaman di antara PDRM dengan masyarakat sebagai satu Sahabat Pencegahan Jenayah. Dengan pendekatan program ini, masyarakat akan lebih terbuka dalam membantu pihak polis menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau memaklumkan sebarang aktiviti yang mencurigakan di kawasan perumahan mereka.

Program ini juga bertujuan memastikan masyarakat sentiasa peka dengan taktik-taktik terbaru yang digunakan oleh penjenayah. Risalah tips pencegahan jenayah turut diedarkan semasa program dijalankan.

#talktous

#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

#ipdptjjanuari2022

#jomlikefbPolisKL

#jomlikefbIpdputrajaya

 

SUMBER: FB IPD PUTRAJAYA https://www.facebook.com/IPDPutrajaya1

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …