Majlis Apresiasi Rakan Strategik MKN Negeri Terengganu 2021

 

KUALA TERENGGANU, 6 JAN 2022 –  Majlis Apresiasi Rakan Strategik MKN Negeri Terengganu telah diadakan pada 28 Disember 2021 di Dewan Utama Hotel Paya Bunga Terengganu baru-baru ini. Tujuan pelaksanaan majlis ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan agensi-agensi lain yang telah banyak bekerjasama dengan MKN Terengganu serta menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan isu keselamatan negeri. Antara jemputan yang hadir ke majlis tersebut terdiri daripada wakil JaPen Terengganu, APMM, AADK, APM, JKNT, Cawangan Khas serta Pegawai CCC (PDRM).

Selain dari itu juga, majlis ini yang merupakan program tahunan, dilaksanakan bagi tujuan mengiktiraf, menghargai dan memperingati staf yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang tahun 2021 termasuk juga Pegawai Penempatan Sementara yang telah ditugaskan untuk berkhidmat dengan MKN Terengganu sepanjang tempoh perlaksanaan Proklamasi Darurat.

Dengan mengadakan malam apresiasi ini, diharapkan setiap agensi-agensi di negeri dapat membantu dan bekerjasama dengan pinak MKN Terengganu terutamanya dalam menyalurkan dan berkongsi maklumat dalam isu keselamatan dan ketenteraman awam. Semoga jalinan perhubungan ini sentiasa berkekalan dalam usaha memastikan rakyat Negeri Terengganu hidup dalam aman sejantera tanpa sebarang ancaman.

#BantuMalaysia #BantuTerengganu

#KitaJagaKita #KitaJagaTerengganu #KitaJagaMalaysia

Dapatkan maklumat terkini berkaitan Negeri Terengganu pada pautan berikut;

 

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …