KUNJUNGAN TIMBALAN PENGARAH MKN NEGERI SABAH BERSAMA PEGAWAI MKN SABAH KE PKOB DAERAH TUARAN, PENAMPANG DAN KOTA KINABALU

Sabah 30 Disember 2021: Kunjungan Ybrs. Tuan Norali Bin Ag Damit, Timbalan Pengarah MKN Negeri Sabah bersama pegawai MKN Sabah ke PKOB Daerah Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu bagi meninjau persediaan PKOB menghadapi bencana Monsun Timur Laut (MTL) dan memantau penugasan operasi pengurusan bencana di peringkat daerah. Selain itu, beliau juga menyantuni dan beramah mesra bersama para petugas di PKOB. Ybrs. Tuan Timbalan Pengarah MKN Sabah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas PKOB atas sumbangan mereka yang sentiasa bersiap siaga menghadapi bencana dan komited dalam memastikan keselamatan masyarakat diurus dengan berkesan.

#MKN50
#LindungiDiriLindungiSemu
#KeluargaMalaysia
#kitajagakita
#SabahMajuJaya

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …