INFO ON WHEEL PELAN PEMULIHAN NEGARA FASA 4 (PPN) & HEBAHAN KESELAMATAN BANJIR DI LABUAN

LABUAN – Jabatan Penerangan WP Labuan telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan hebahan berkaitan Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 (PPN) dan juga hebahan keselamatan berkaitan banjir di beberapa lokasi sekitar Labuan.

Antara hebahan umum yang disampaikan termasuklah berkaitan SOP Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, Peralihan Pandemik Kepada Endemik Dan Rentas Negeri, Keluarga Malaysia, dan Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK 12).

Selain itu, inisiatif ini juga mengambil berat akan keselamatan masyarakat Labuan berkaitan bencana banjir yang sedang melanda negara ini. Oleh itu, antara hebahan lain yang turut disampaikan adalah berkaitan Hebahan Keselamatan Banjir dan Bantuan Wang Ihsan Banjir.

Semoga dengan inisiatif yang dijalankan ini dapat memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada masyarakat Labuan berkaitan keselamatan serta isu-isu semasa yang berlaku di negara.
Foto : Roziman Mahmudin

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …