JAJAHAN JELI, KELANTAN MULA DILANDA BANJIR

JELI, 30 Disember 2021 –  Beberapa kawasan di jajahan ini telah ditenggelami air susulan hujan lebat sejak semalam. Berdasarkan InfoBencanaJKM, sehingga jam 11 pagi menunjukkan lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) sudah mula diaktifkan. Lima PPS itu ialah Masjid Gemang, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Dusun, SK Lubok Bongor, Pasti Bukit Lakota dan Dewan Orang Ramai Kesedar Sungai Satan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adnin Ibrahim, pihaknya kini sedang giat melaksanakan operasi menyelamat dan memindahkan mangsa di beberapa kawasan yang telah dilimpahi air Sungai Lanas dan Pergau.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …