MISI CSR PASCA BANJIR MKN NEGERI SEMBILAN BERSAMA RAKAN STRATEGIK DAN NGO DI KG CHENNAH, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

      Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Yang Berbahagia Datuk Hj Rodzi bin Md Saad bersama-sama Tuan Hamzah bin Ishak dan Tuan Zamri bin Misman serta warga kerja Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan telah turun padang bagi membersihkan sekitar kawasan Kampung Chennah, Jelebu yang telah ditimpa bencana banjir baru-baru ini.

   

Program tanggungjawab sosial ini menyaksikan penglibatan beberapa agensi kerajaan seperti Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu, Angkatan Tentera Malaysia, SWCorp & SWM, JKR Negeri Sembilan, Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan, SAINS dan Pertubuhan Bukan Kerajaan terdiri daripada Persatuan Belia Dinamik Barat, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Persatuan Ikatan Amal Muafakat Malaysia yang saling berganding bahu bagi memastikan misi ini berjaya dilaksanakan bagi meringankan beban yang dihadapi penduduk.

                   

   

‘BULAT AIR KERANA PEMBETUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT’

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …