MESYUARAT TINDAK BALAS BENCANA NEGERI

KUALA LUMPUR 29 DISEMBER 2021 – YDH DCP Dato’ Yahaya bin Othman, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur mewakili Ketua Polis Kuala Lumpur telah mempengerusikan Mesyuarat Tindak Balas Bencana Negeri di Bilik Mesyuarat Perdana, Aras 10, Menara A, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

 

 

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah Polis Kuala Lumpur serta wakil-wakil agensi daripada 12 Briged Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan (JAPEN) Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan perancangan dan persediaan menghadapi bencana di peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta tanggungjawab agensi-agensi terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku berpandukan Arahan MKN 20.

SUMBER: FB POLIS KL https://www.facebook.com/PolisKL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …