KUTIPAN KHAS BAGI AL-QURAN LUSUH, BASAH

PUTRAJAYA: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan melaksanakan kutipan khas bagi Al-Quran lusuh, basah atau dokumen yang mengandungi ayat Al-Quran untuk dilupuskan.

SWCorp Wilayah Persekutuan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, kutipan khas itu bermula 1 Januari 2022 khusus bagi penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Menurutnya, penduduk yang ingin menyerahkan al-Quran lusuh atau basah diminta mengeringkan terlebih dahulu sebelum dihantar ke pusat pengumpulan.

“Al-Quran yang sudah kering perlu dihantar ke masjid atau surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Pihak masjid dan surau yang telah siap kumpul bolehlah menghubungi wakil SWCorp Wilayah Persekutuan untuk dikutip dan dilupuskan,” katanya. Katanya, kutipan akan berlangsung selama sebulan dan masjid serta surau akan dimaklumkan mengenai jadual kutipan berkenaan.

Masjid dan surau yang berminat untuk menyertai program kutipan ini boleh menghubungi Muhammad Fahmi (012-374 5935), Azlan (019-842 5442) dan Ummi Kalthum Shuib (019-4460300). 

 

SUMBER: UTUSAN ONLINE https://www.utusan.com.my/

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …