MISI BANTUAN BANJIR DBKL DI KARAK

Misi Bantuan banjir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Karak diteruskan lagi hari ini bersama agensi-angesi lain di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Kerja-kerja pembersihan yang telah bermula sejak hari Isnin yang lepas telah memasuki hari ketiga.

Kerja-kerja pembersihan pada hari ini berfokus di SJK (T) Karak, di mana sekolah ini merupakan salah satu kawasan yang menerima kesan yang agak teruk di sekitar kawasan tersebut dan juga kawasan-kawasan sekitar yang lain.

YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur juga turut meluangkan masa di sebelah petang untuk bersama-sama menyumbangkan tenaga beliau untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. Semoga dengan sedikit bantuan yang diberikan kepada warga Karak dapat meringankan beban yang menimpa mereka dan bersama kita doakan agar urusan wira-wira yang berjuang di sana dipermudahkan segala urusan.

 

#KeluargaMalaysia

#KLBandarUntukSemua

#KL50

 

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …