ATM BANTU PENGHANTARAN MINYAK DIESEL KE MENARA TELEKOMUNIKASI TM TELAPAK BURUK

NEGERI SEMBILAN: Markas Briged Pertama Infantri Malaysia (MK 1 Bgd) mengaturgerak 20 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 1 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (1 Komp Angkut KPD) bersama Platun Hantaran Udara 10 KPD bagi membantu pihak berkuasa tempatan membuat pembersihan tapak pendaratan helikopter bagi tujuan penghantaran minyak diesel sebanyak 10,000 liter ke Menara Telekomunikasi TM Telapak Buruk pada 31 Dis 2021.

Operasi ini dilaksanakan disebabkan Menara Telekomunikasi TM Telapak Buruk telah terputus bekalan elektrik serta hubungan yang mana terdapat empat pekerja terperangkap di menara tersebut. Terdahulu, taklimat pelaksanaan operasi disampaikan oleh Penolong Penguasa Jabatan Bomba, Tuan Hj Hamdan Ali.

Pelaksanaan bantuan kemanusiaan ini seiring dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TD. Turut hadir, Ketua Staf MK 1 Bgd, Lt Kol Syed Suhairi Syed Hussien, Penolong Penguasa Jabatan Bomba (unit udara), Rizal Buang dan Penolong Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Tuan Shaik Hamid.

   

Sumber : Laman FB Berita Tentera Darat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …