KERJASAMA ERAT TDM BERSAMA AWAM

KUANTAN, 24 Disember 2021 – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di bawah Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Keempat Infantri Malaysia (4 Bgd) Mekanize mengerah keringat membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Kuantan akibat bencana banjir.
Pelaksanaan aktiviti pembersihan telah dilaksanakan bersama guru-guru di sekolah berkenaan. Penglibatan TDM amnya dan 1 KAD khususnya sedikit sebanyak telah melancarkan lagi kerja-kerja pembersihan di kawasan sekolah itu yang terjejas teruk.
SMK Seri Damai telah mengalami musibah akibat bencana banjir yang melanda Kuantan baru-baru ini. Sekolah tersebut telah ditenggelami air setinggi 1.24 meter dan menyebabkan kerosakan teruk.
Sumber : Facebook Tentera Darat Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …