OP MURNI : TUDM LAKSANAKAN TUGASAN MEDEVAC OP MURNI 2021 BANTU BAYI MENDAPATKAN RAWATAN KECEMASAN

BENTONG, 23 Dis 2021 – Penugasan Op Murni TUDM diteruskan lagi pada hari ini melibatkan Medical Evacuation (MEDEVAC) di daerah Bentong.
No. 10 Skn telah diaturgerak dengan menggunakan helikopter EC 725 AP bagi membantu membawa seorang bayi lelaki berusia 2 bulan yang mengalami masalah pernafasan dan memerlukan rawatan kecemasan. Helikopter EC 725 AP telah membuat MEDEVAC membawa bayi kepada Puan Kesavane a/p Murugaiyah dari daerah Bentong pada jam 4.00 petang dan selamat mendarat di Padang Kemunting, Padang MPK 4 Kuantan. Bayi berkenaan terus dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dengan menggunakan ambulans.
Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Komander Pesawat, Mejar Muhamad Hijaz bin Kamarudin TUDM dan Juruterbang, Kapten Thaddaeus Raphael TUDM serta Kuartermaster Udara, PW U II Helmi bin Mohammad Shaffi.
TUDM turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakan misi MEDEVAC pada hari ini termasuk anak kapal pesawat serta pihak lain yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga bayi berkenaan menjalani rawatan dengan segera dan dikurniakan kesembuhan.
Sumber : Facebok Tentera Udara Diraja Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut