BANTU MANGSA BANJIR DI KG PASIR, LEMBAH PANTAI

KUALA LUMPUR, 23 DISEMBER 2021 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan beberapa badan kebajikan serta NGO telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan sisa pukal daripada rumah-rumah mangsa banjir di Kg. Pasir, Lembah Pantai. Sejumlah 178 keluarga terjejas teruk akibat banjir tempoh hari dan mereka telah dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara SJKT Saraswathy.

Pelbagai aset DBKL telah digunakan dalam kerja-kerja pembersihan ini. Sejumlah 150 petugas dan sukarelawan terlibat dalam kerja ini meliputi DBKL, AFSB, IKATAN DBKL, Kolej University Islam Selangor, Pemadam Lembah Pantai, MPPLP, PASUK Lembah Pantai, Amanah Lembah Pantai, Universiti Malaya, Ikram dan KBS Rakan Muda.

Turut serta bersama dalam kerja pembersihan ini adalah YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengurusan Tertinggi DBKL. Tindakan keseluruhan pembersihan di kawasan ini dijangka akan selesai sepenuhnya dalam tempoh satu minggu. Kutipan sampah dalam kerja-kerja pembersihan ini adalah 32 tan.

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …