TAKLIMAT PERSEDIAAN MENGHADAPI MONSUN TIMUR LAUT (MTL) BAGI NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 24 Disember 2021 – YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Hasni bin Haji Mohammad telah mempengerusikan Taklimat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bagi Negeri Johor di Saujana, Johor Bahru. Taklimat tersebut disampaikan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Pengalaman menghadapi bencana banjir pada tahun – tahun sebelum ini dijadikan pengajaran dalam memperbaiki aspek pengurusan untuk menghadapinya, terutamanya dalam mendepani situasi luar jangka pada tahun ini. Sehubungan itu, semua pihak terlibat akan membuat persiapan lebih rapi serta mengukuhkan lagi komunikasi serta sebaran awal kepada rakyat.

Sekiranya berlaku banjir, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah sepatutnya, termasuk berpindah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.                Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber:
Hasni Mohammad
MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …