JKM BERSAMA BOMBA NEGERI PAHANG BERKOLABORASI MENYAMPAIKAN MISI BANTUAN

KUANTAN, 24 Disember 2021 – Pengarah JKM Pahang bersama Pengarah Bomba Pahang berkolaborasi untuk penghantar bantuan keperluan asas ke Daerah Temerloh dan Bentong. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang bertindak agresif bagi membantu mangsa banjir yang terkesan. Sebanyak 273 PPS telah di buka dengan 13,988 keluarga melibatkan seramai 51,640 jumlah mangsa banjir di Negeri Pahang setakat 22 Disember 2021.

JKM bertanggungjawab dalam menyedia dan menyelenggara pusat pemindahan sementara, mendaftar mangsa bencana di PPS, memberi khidmat sokongan sosial bimbingan dan kaunseling, menyediakan pengumpulan data statistik mangsa di PPS banjir seluruh Malaysia serta menyedia dan mengedar bekalan bantuan makanan di PPS dengan kerjasama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang.
Keperluan mangsa banjir tetap diutamakan bagi memastikan setiap usaha melibatkan pengurusan bencana banjir ini dapat dikoordinasikan secara tersusun dan berkesan.
Sumber : Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …