SIMULASI LATIHAN AMAL PELAN TINDAKAN KECEMASAN (X-TITIWANGSA 2021)

Simulasi Latihan Amal Pelan Tindakan Kecemasan (X-TITIWANGSA 2021) yang dianjurkan oleh Rapid Rail laluan Ampang dan Monorel dengan kerjasama pelbagai agensi iaitu PDRM, JBPM, KKM, SPAD, DBKL dan APM telah diadakan pada 17 Disember 2021 jam 0130 pagi bertempat di Stesyen LRT Titiwangsa Kuala Lumpur.

Objektif latihan ini diadakan adalah bagi meningkatkan kecekapan dalam komunikasi dan kerjasama di antara semua pihak dan secara tidak langsung dapat melihat sejauh mana kekuatan dan kelemahan untuk dibuat penambahbaikan sebagai persediaan sekiranya menghadapi kejadian sebenar. Latihan ini membabitkan empat buah balai bomba dan penyelamat iaitu BBP Hang Tuah, BBP Sentul, BBP Setapak dan BBP Wangsa Maju. Turut hadir di lokasi adalah Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) PgKB I Khairul Azuwan bin Ibrahim bersama pegawai kanan Jabatan.

SUMBER: FB JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT W.P KUALA LUMPUR  https://www.facebook.com/JBPMKL

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …