SOLIDARITI BENCANA BANJIR: SUMBANGAN RM100,000 KERAJAAN NEGERI KELANTAN KEPADA SELANGOR DAN PAHANG

KOTA BHARU, 23 Disember 2021 – Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa banjir yang berlaku di negeri Selangor dan Pahang sehingga menyebabkan kehilangan tempat berteduh dan kemusnahan harta benda.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob memaklumkan, sebagai tanda solidariti dan kebersamaan, kerajaan negeri bersetuju menyampaikan sumbangan RM100,000 masing-masing kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Pahang melalui sumbangan Tabung Serambi Mekah.

Semoga usaha-usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan dipermudahkan oleh Allah SWT bagi melancarkan operasi pemindahan dan operasi pemulihan pasca banjir.

#BantuMalaysia

#KeluargaMalaysia

#MKN50

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …