RTC SUNGAI RAMBAI DIJANGKA KEMBALI BEROPERASI

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai dijangka akan kembali beroperasi semula pada Januari 2022. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, YB Siti Faizah Datuk Abdul Azis berkata, pembangunan dan pengoperasian semula kawasan itu perlu dilakukan bagi memberi kemudahan khususnya kepada penduduk setempat .

 “Sekarang ini kita sedang berbincang dengan jabatan yang terbabit untuk beroperasi semula. Kita cuba secepat yang mungkin dan paling lewat awal tahun hadapan. Majoriti yang kita jumpa (agensi-agensi) ini bersetuju untuk masuk semula tetapi ada beberapa syarat yang perlu kita ikut,” katanya.

Menurut beliau, buat waktu ini pihaknya memfokuskan agensi-agensi yang sebelum ini pernah beroperasi itu sebelum membuka ruang kepada pihak lain.

“Kalau boleh kita fokus yang dulu sedia ada, contohnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah,” katanya.

RTC Sungai Rambai yang bernilai RM2.5 juta itu yang sebelum ini menempatkan kira-kira 30 agensi kerajaan termasuk badan berkanun dan swasta bagaimanapun diarahkan tutup selepas kerajaan negeri bertukar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Dibangunkan pada 2015, RTC Sungai Rambai juga dikatakan membawa banyak perubahan positif kepada daerah kecil itu serta penduduknya dan ia dilihat menjadi pemangkin kepada pembangunan lebih pesat.

Sumber: Melaka Hari Ini

#MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …