SIDANG PERTAMA KHAS (DUN) MELAKA DITETAPKAN 27 DISEMBER 2021

Kerajaan Negeri Melaka menetapkan Persidangan Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 akan diadakan selama empat hari, bermula 27 hingga 30 Disember ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman Md Ali berkata, persidangan DUN akan berlangsung pada jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang sahaja sepanjang tempoh tersebut, sebagai mematuhi peraturan ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) serta syarat-syarat dikenakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Persidangan ini adalah Persidangan Pertama (Khas) yang telah dijadualkan setelah pembentukan kerajaan negeri baharu pada 20 November yang lepas.

Antara agenda persidangan tersebut adalah pembentangan Bajet 2022 Negeri Melaka, pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker DUN serta angkat sumpah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali ketika mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13

Dalam perkembangan lain, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersidang pada 8 Disember lepas memutuskan Ahli MMKN menyediakan Sasaran Kerangka Kerja (SKK) untuk portfolio masing-masing, sama seperti kakitangan awam yang perlu menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). SKK itu perlu mengambil kira aku janji dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. SKK itu juga perlu mengambil kira tempoh iaitu 100 hari, satu tahun, dua tahun, tiga tahun, empat tahun dan lima tahun selain perancangan baharu yang mahu dilaksanakan, mengikut portfolio masing masing.

Dalam pada itu, kerajaan negeri juga memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Kad Laporan kepada semua Ahli MMKN yang mana prestasi mereka akan dinilai berdasarkan KPI dan Kad Laporan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

#KestabilanDemiKemakmuran #MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …