INFO INTEGRITI MKN BIL.4/2021 – Laporan Kemajuan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023

LATAR BELAKANG
Pelan Antirasuah Nasional (NACP) adalah dokumen utama Kerajaan Malaysia yang
menggariskan tindakan dalam menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah secara
menyeluruh. Pelan ini dirangka dengan didasari oleh penilaian risiko rasuah yang dianalisa
menggunakan data-data daripada pelbagai sumber. Terkini, seiring dengan Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, pelan ini juga bertindak sebagai panduan dalam
pelaksanaan mekanisme antirasuah yang menggemblengkan usaha dan komitmen
ke arah negara yang bersih dan dihormati.

Sebanyak 115 inisiatif di bawah enam (6)
bidang keutamaan digariskan di bawah NACP iaitu tadbir urus politik, pentadbiran
sektor awam, perolehan awam, perundangan dan kehakiman, penguatkuasaan undang – undang serta tadbir urus korporat. Pemilihan enam (6) bidang ini adalah berasaskan
kepada penilaian risiko yang dilaksanakan dan menjadi keutamaan kepada kerajaan
untuk mengambil langkah sewajar menanganinya bagi memperkukuh akauntabiliti
dan integriti politik, memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam,
mempertingkat keberkesanan dan ketelusan perolehan awam, mempertingkat kredibiliti
sistem perundangan dan kehakiman, menginstitusikan kredibiliti agensi penguatkuasaan
undang-undang dan memupuk tadbir urus baik dalam entiti korporat.

115 inisiatif tersebut merangkumi 30 inisiatif jangka pendek yang perlu dilaksanakan
bermula pada Januari hingga Disember 2019, 31 inisiatif jangka sederhana (Januari
2019 hingga Disember 2020) dan 54 inisiatif lagi adalah untuk jangka masa panjang iaitu
Januari 2019 hingga Disember 2023.

 

Laporan Kemajuan Pelan Anti Rasuah bagi Tahun 2019 boleh diakses di capaian berikut atau klik pada gambar di atas :

https://giacc.jpm.gov.my/wp-content/uploads/2021/02/LAPORAN-NACP-JPM-2019-2023-BAGI-TAHUN-071220_compressed-1_compressed-2_compressed-1-1.pdf

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …