KETETAPAN TERKINI MENGENAI PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PELAKSANAAN AKTIVITI PENGIMARAHAN DI MASJID DAN SURAU WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan aktiviti pengimarahan di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti berikut:

  1. Penjarakan fizikal antara jemaah dikurangkan daripada 1.5 meter kepada 1 meter.
  2. Dibenarkan kepada warganegara asing yang telah mendapat vaksin lengkap untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau.
  3. Dibenarkan kepada kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke atas yang telah mendapat vaksin lengkap untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau.
  4. Dibenarkan kepada murid tadika dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk menghadiri kelas pengajian yang beroperasi dalam premis masjid dan surau mengikut Prosedur Operasi Standard Majlis Keselamatan Negara dan garis panduan pengurusan dan pengoperasian sekolah.
  5. Dibenarkan majlis sosial seperti kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis perkahwinan, majlis aqiqah dan lain-lain majlis sosial untuk diadakan di dewan masjid dan surau bagi individu yang telah lengkap menerima vaksin dengan 50 peratus kapasiti ruang dan penjarakan fizikal.

Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera berakhir.

 

SUMBER: FB JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN  – JAWI  https://www.facebook.com/JAWIWP

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …