Rangkuman Program-Program Sempena Fiesta ICT MKN 2018

Dalam menghadapi era digital yang sangat pesat berkembang, cabaran utama ialah untuk memastikan seluruh warga Majlis Keselamatan Negara (MKN) sentiasa peka terhadap perkembangan dan cabaran-cabaran utama era digital kini. Pembudayaan penggunaan teknologi di dalam persekitaran yang selamat dan terkawal adalah pemangkin dalam meningkatkan mutu kerja dan mewujudkan suasana kerja yang harmoni.

Justeru, pihak Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan Program Fiesta ICT MKN dengan objektif untuk meningkatkan tahap kesedaran dan minat warga MKN terhadap penggunaan ICT disamping memberi pendedahan mengenai sistem-sistem yang dibangunkan secara in-house. Program fiesta ini juga diadakan untuk membudayakan ICT sebagai satu amalan kerja baik yang berterusan agar seluruh warga MKN termasuk di negeri dapat mengoptimumkan penggunaan ICT dalam rutin kerja seharian.

Program Fiesta ICT MKN ini telah berlansung dari 5 sehingga 29 Oktober 2018 dimana 10 program disusun dalam pelbagai format sama ada secara formal (taklimat, ceramah dan sebagainya) ataupun santai (hands on, lawatan berinformasi dan sebagainya) bagi menggalakkan warga MKN dari pelbagai latar belakang skim perkhidmatan menyertainya. Antara program yang telah dilaksanakan adalah :

  • Majlis Perasmian Fiesta ICT MKN 2018
  • Ceramah Kesedaran ICT
  • Bengkel Info D’Foto
  • Lawatan Berinfomasi ke EMC Dell Pulau Pinang
  • Seminar Kesedaran Keselamatan Siber dan Technology Update Untuk Pegawai IT Agensi Luar
  • Kuiz Pintar ICT
  • Bengkel Asas Robotik
  • Bengkel Microsoft Tips and Tricks
  • Ceramah Perdana: Adaptasi ICT berlandaskan syariat islam
  • Majlis Penutup Fiesta ICT 2018: Penyerahan sijil-sijil bengkel dan pemenang kuiz ICT

#peduliICT telah dipilih sebagai tema program dengan harapan ia meningkatkan tahap kesedaran dan minat warga MKN terhadap penggunaan ICT di jabatan ini dan seterusnya menjalankan tugas dengan lancer dan cemerlang.

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut