IPD DANG WANGI MAIN PERANAN BANTU ASNAF BERSAMA JAWI FOOD BANK

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2021 – Majlis ringkas penyampaian bakul makanan JAWI Food Bank bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur. Seramai 50 orang asnaf dan mereka yang benar-benar memerlukan telah menerima bakul makanan berupa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya. Hadir menyampaikan bakul makanan tersebut ialah YBhg. Datuk Hj. Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI diiringi oleh YDH ACP Noor Dellhan Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi. Insya Allah hubungan kerjasama yang terjalin di antara JAWI dengan pihak PDRM khususnya IPD Dang Wangi ini akan terus memberi manfaat kepada rakyat khususnya penduduk sekitar. Amin.

“Anda Sumbang, Kami Sampaikan”

SUMBER: JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/JAWIWP

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …