PROJEK PERKONGSIAN RUANG @ KG. BARU

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan Projek Perkongsian Ruang di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru di sini, pada awal tahun depan dan dijangka siap selewat-lewatnya awal 2023.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, projek itu akan menjadi pemangkin pertumbuhan produk pelancongan di Kampung Baru selain berupaya menangani masalah lain seperti kesesakan lalu lintas, peniaga/penjaja, kebersihan dan keindahan di sepanjang laluan berkenaan.

“Sebagai perintis, Jalan Raja Muda Musa akan dinaik taraf bagi fasa pertama dan proses tendernya akan dilaksanakan bulan ini manakala projek di tapak dijangka bermula awal tahun depan.

“Projek ini juga akan merancakkan lagi aktiviti syurga makanan di sepanjang laluan Jalan Raja Muda Musa dan Jalan Raja Alang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Shahidan berkata pihaknya turut mensasarkan untuk menyediakan 1,000 kiosk dan ruang niaga di bawah Program Usahawan Anak Muda Kota di Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tahun lalu hingga 2023.

“Sehingga September lalu, sebanyak 126 usahawan telah memulakan perniagaan manakala 2,268 calon mendaftar di bawah program ini.

“DBKL juga merancang untuk mengadakan Program Pementoran Usahawan dengan beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk meningkatkan lagi kadar pendigitalan perniagaan dalam memastikan mereka dapat beroperasi dengan mampan,” katanya.

Beliau berharap pelaksanaan program dan projek yang teratur dan berkesan seumpama ini dijangka berupaya memberikan impak positif dalam usaha merancakkan kembali ekonomi serta menangani masalah kemiskinan dalam kalangan Keluarga Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

SUMBER:

FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP

HARIAN METRO https://www.hmetro.com.my/

GAMBAR: HARIAN METRO 

Artikel/Berita Terkini

28,531 CALON UPKK 2023 RAIH KEPUTUSAN CEMERLANG 8A

PUTRAJAYA, 18 APRIL: Seramai 28,531 daripada 230,587 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya mencatatkan keputusan cemerlang …
Maklumat Lanjut

TIPS PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK SEMASA DI RUMAH

Barangan elektrik tidak dapat dinafikan sangat banyak membantu memudahkan tugasan domestik seharian. Tugasan memasak, mengemas rumah dan mencuci pakaian tidak …
Maklumat Lanjut

LAPAN ANGGOTA FRU DIDAKWA SIMPAN BAHAGIAN BADAN PELANDUK

Lapan anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyimpan bahagian …
Maklumat Lanjut