TERIMA KASIH QSR & JAWI FOOD BANK BELANJA KAMI AYAM KFC!

Hubungan kerjasama erat di antara JAWI melalui JAWI Food Bank dengan QSR Brands (M) Berhad telah banyak memberi manfaat kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Semalam sekali lagi pihak QSR telah berbesar hati menaja 100 pax ayam KFC dengan kerjasama JAWI Food Bank untuk diagihkan kepada 100 orang rakan jalanan yang menetap di Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana, Taman Desa sempena penganjuran Program Bersama Gelandangan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan. Rata-rata para peserta sangat gembira dan bersyukur dapat makan KFC yang ternyata jarang-jarang mereka boleh dapat. Terima kasih QSR!

“Anda Sumbang, Kami Sampaikan”

SUMBER: FB JAWI FOOD BANK https://www.facebook.com/JAWIFoodBank

 

Artikel/Berita Terkini

Ramai orang dah lama berhenti kira langkah. Mengapa?

Sebabnya satu. 10,000 langkah sehari terasa macam sasaran untuk atlet, bukan untuk orang yang duduk depan komputer lapan jam, balik …

Sokongan Positif Bantu Anak Lancar Membaca

Kemahiran membaca adalah asas penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak untuk kelancaran proses pembelajaran. Namun, ibu bapa perlu menyedari bahawa kesukaran …

ECRL Rangsang Kargo SG4

Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berpotensi menjadi pemangkin utama pembangunan perindustrian bagi empat negeri di bawah gagasan SG4, terutamanya melalui …