OPS PATUH DBKL

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan lagi Tindakan Ops Patuh Terhadap Premis Perniagaan / Komersial di 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sepanjang 16 September hingga 30 September 2021.

Dalam Ops Patuh DBKL kali ini, sebanyak 471 buah premis / syarikat telah dibuat pemeriksaan yang melibatkan aktiviti pusat urut, perniagaan restoran, kedai pakaian/jahitan baju, kedai runcit, gunting rambut, kedai barangan am dan lain-lain aktiviti.

Premis-premis ini dibenarkan beroperasi semasa dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun perlu mematuhi Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan lain-lain akta dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL.

11 notis kompaun telah dikeluarkan menerusi Akta 342 dengan pelbagai kesalahan terhadap individu /pemilik premis / syarikat yang ingkar pematuhan SOP PPN yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

DBKL turut membuat penutupan (sealed) terhadap 26 buah premis melalui Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana premis perniagaan dikendalikan oleh warganegara asing tanpa kebenaran.

15 orang warga Bangladesh, 10 warga Pakistan, 7 warga India dan 12 warga Indonesia (pengendali/pekerja premis) ditahan untuk diambil maklumat bagi tujuan dokumentasi dan tindakan susulan agensi sahabat.

DBKL turut mengeluarkan 115 notis kompaun pelbagai kesalahan iaitu :

  1. 27 notis kompaun UUK 3(1) dan 46 notis kompaun UUK 20(1)(b) di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016;
  2. 5 notis kompaun UUK 3(1) dan 34 notis kompaun UUK 22(1)(b), UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016;
  3. 1 notis kompaun UUK 5 , UUK Iklan (WPKL) 1982;
  4. 1 notis kompauan UUK 3, UUK Etablismen Kecantikan dan Kesihatan (WPKL) 2003; dan
  5. 1 notis kompaun Seksyen 107(5), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Ops Patuh DBKL ini akan diteruskan dari masa ke semasa sehingga tamat tempoh PPN dikuatkuasakan. Tindakan khas ini dilakukan mengikut bidang kuasa dan peruntukan undang-undang serta S.O.P DBKL dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Warga kota boleh membantu dengan menyalurkan makumat kepada DBKL secara atas talian seperti link yang telah disediakan:

https://adukl.dbkl.gov.my

#klbandarku

#KLbandaruntuksemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …

ESSCOM REKOD TINDAKAN, RAMPASAN RM407,644 DI BELURAN

RAMPASAN: Antara barang rampasan yang diperoleh dalam operasi berkenaan. BELURAN: Operasi Bersepadu Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) selama dua hari …