USAHA SELAMATKAN SAHABAT JALANAN DITERUSKAN

KUALA LUMPUR –  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWP) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Menyelamat Gelandangan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2021 (Sabtu).

Dalam operasi bersepadu kali ini, sejumlah 73 orang gelandangan telah diselamatkan terdiri daripada 41 orang Melayu, 8 orang Cina, 18 orang India dan 6 orang bukan warga negara.

Kesemua sahabat jalanan yang diselamatkan ini telah dibuat ujian saringan kesihatan Covid-19 oleh JKAS DBKL dan saringan air kencing oleh AADK.

Sahabat Jalanan yang diselamatkan ini dibawa ke Pusat Khidmat Gelandangan, Medan Tuanku untuk proses dokumentasi dan tindakan lanjut pihak yang berkaitan.

#KLbandarku

#KLBandarUntukSemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR https://www.facebook.com/dbkl2u

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …