‘WALKABOUT’ PEMATUHAN SOP PPN FASA 3 NEGERI MELAKA

Sesi Walkabout Pematuhan SOP PPN Fasa 3 diteruskan oleh pihak berkuat kuasa dari Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) seperti biasa berikutan Negeri Melaka beralih ke Fasa 3 berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021. Walkabout Mingguan ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Shadan Othman, Yang DiPertua MPHTJ bagi memantau dan bertanya khabar kepada Peniaga Kraftangan dan Medan Selera berhampiran di Zoo Melaka. Secara amnya peniaga-peniaga rasa bersyukur dan menarik nafas lega kerana dibenarkan beroperasi semula seperti biasa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Melaka dan juga Majlis Keselamatan Negara.
Turut hadir sama bagi Sesi Walkabout Mingguan ini adalah Setiausaha MPHTJ, YBrs Sr. Hjh Rohaya Hj Abdullah, Pengarah Unit Undang-undang MPHTJiaitu Puan Rosnani Abdul Ghani, Ahli Majlis Clr Mr Lee ChongGuan dan juga anggota Jabatan Penguatkuasaan.
??
#MelakapatuhSOP

Artikel/Berita Terkini

OPERASI BERSEPADU ESSCOM BELURAN CATAT RM407,644.69 NILAI KOMPAUN, RAMPASAN

OPERASI: Salah satu siri pemeriksaan yang dilaksanakan sepanjang Operasi Bersepadu ESSCOM Beluran. BELURAN: Operasi Bersepadu Daerah Beluran yang dilaksanakan Eastern …

TRAGEDI DI JALAN RAYA: KESEDARAN MENGHORMATI GARISAN BERKEMBAR

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang gemar memotong kenderaan di garisan berkembar merupakan antara punca utama berlakunya kemalangan maut. Tindakan …

BAHAYA KENDERAAN LEBIH MUATAN: PATUHI HAD DEMI KESELAMATAN JALAN RAYA

Isu kenderaan membawa lebih muatan (overloading) kini menjadi fokus utama penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana risiko impak negatifnya terhadap …