PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN REMAJA (PICK REMAJA) DAERAH SEGAMAT

SEGAMAT, 30 September 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat tinjauan ke beberapa lokasi Program PICK Remaja di Daerah Segamat. Antara lokasi-lokasi tersebut adalah:

1. PPV Dewan Serbaguna Labis
2. PPV Dewan Serbaguna Genuang
3. PPV Dewan Muafakat Taman Yayasan

PPV ini yang beroperasi untuk PICK REMAJA yang merupakan pelajar di daerah Segamat berusia 12 hingga 17 tahun yang dianggarkan berjumlah 20,700 orang. Terima kasih diucapkan kepada barisan pertugas yang telah bertungkus lumus menjayakan PICK REMAJA ini berjalan lancar. Setinggi penghargaan juga kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan semua yang terlibat yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di PPV Daerah Segamat.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada kumpulan sasar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang 

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor 

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …