Terengganu, 03 Oktober 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Terengganu telah melaksanakan satu kajian mengenai persepsi masyarakat terhadap perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang telah dilaksanakan di kawasan mereka sebelum ini.
Tujuan perlaksanaan kajian ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas penduduk kawasan yang pernah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di seluruh Negeri Terengganu dan hasil kajian akan digunakan bagi penambahbaikan perlaksanaan PKPD pada masa akan datang. Kajian ini telah dijalankan bermula 3 Oktober 2021 dan dijangka akan tamat pada 21 Oktober 2021.
Pada kali ini, kajian dijalankan di kawasan PKPD di Mukim Kuala Dungun yang merangkumi beberapa kampung iaitu Kg. Sungai Buaya, Kg. Bukit Chatak Tengah, Kg. Tanah Lot, Kg. Lembah, Kg. Bijangga, Kg. Padang Jambu, Kg. Sungai Udang, Kg. Nibong dan Kg. Sungai Penaga. Kajian ini dijalankan secara ‘centralized‘ dengan bantuan dari pihak Jabatan Perpaduan Daerah Dungun iaitu dengan mengumpulkan ahli jawatankuasa Rukun Tetangga (RT) dari setiap kampung yang terlibat.
Dikesempatan itu juga, pihak MKN Terengganu turut memberikan taklimat dan perkongsian berkaitan pembudayaan norma baharu dalam komuniti dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19 terutamanya dalam mengamalkan 3W dan mengelakkan 3S. Turut disumbangkan sedikit cenderahati kepada setiap responden atas kesudian dan kerjasama mereka dalam memberikan maklum balas terhadap kajian ini.
Untuk perkembangan terkini dan situasi Covid-19 di Terengganu, boleh layari laman sosial rasmi MKN Terengganu:
#MKN50 #KeluargaMalaysia #LindungDiriLindungSemua #MKNTerengganu