“MINI I-CITY SHAH ALAM” DI FELDA PALONG 8, JEMPOL, NEGERI SEMBILAN

        

Kebiasaannya kita hanya melihat pemandangan penuh cahaya hanya semasa bulan Ramadhan ketika orang ramai mula memasang pelita bagi menghiasi kediaman.

Terkini,  suasana malam di kawasan perkampungan Felda Palong 8, Jempol, Negeri Sembilan bertukar menjadi “Mini I-City Shah Alam” apabila penduduk sekitar mengambil inisiatif kreatif dengan menghiasi rumah mereka menggunakan pencahayaan dari lampu LED.

Mengambil petikan dari Akhbar Harian Metro,

Penduduk, Mohd Shafarin Mohamed Said, 43, berkata, dia memasang lampu berkenaan di kediamannya sebelum diikuti jiran yang tertarik dengan kecantikannya.

Katanya, ia bermula dua tahun lalu dan sebaik negara mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020, dia ada lebih banyak masa untuk menghias rumah dengan lampu LED itu. “Bukan itu saja malah hasil kreativiti penduduk, pelbagai objek dapat dihasilkan daripada lampu berkenaan.

Mohd Shafarin berkata, dia juga gembira apabila hampir 60 peratus daripada 670 rumah di Felda berkenaan kini sudah dihiasi dengan lampu LED.

“Lampu LED ini mudah dibentuk menjadi pelbagai objek malah ia juga menjimatkan kerana menggunakan tenaga solar.

Ini merupakan satu tarikan baharu bagi penduduk di Negeri Sembilan serta anak Palong di perantauan khasnya apabila mereka berpeluang untuk pulang ke kampung kelak.

Syabas di ucapkan kepada Penduduk Felda Palong 8 atas usaha murni ini!

 

Gambar / Sumber : FB Abnor Hamizam Abd Manap / Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …