PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN ANAK MUDA KOTA DI KUALA LUMPUR

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota memberi peluang kepada golongan terjejas khususnya anak-anak belia kota yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota di Kuala Lumpur diwujudkan untuk memberi peluang kepada peniaga berniaga di kawasan perniagaan di lokasi tumpuan ramai khususnya di pusat bandar Kuala Lumpur dengan kadar sewa yang lebih murah.

Sehingga kini, seramai 126 Usahawan Muda Kota telah ditawarkan kios di Wilayah Persekutuan, daripada bilangan tersebut 99 usahawan beroperasi di Kuala Lumpur yang melibatkan 99 lot niaga milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, manakala baki 27 usahawan beroperasi menerusi lot niaga di bawah Perbadanan Putrajaya (PPj). Sebanyak 1,122 kiosk dan ruang niaga disasarkan sehingga tahun 2023 di beberapa lokasi strategik dengan kadar sewa yang rendah di Wilayah Persekutuan.

Anda mencari tempat makan di Kuala Lumpur? Jom berkunjung ke Tapak Urban Street Dining, Taman Melati.

#usahawanmudakota

#wilayahprihatin

#keluargawilayah

SUMBER: FB KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN https://www.facebook.com/KemWP

Artikel/Berita Terkini

SINDIKET TIPU PELABURAN DI TIKTOK TUMPAS, LAPAN DITAHAN

KUALA LUMPUR, 3 MEI: Sindiket penipuan pelaburan yang aktif melalui aplikasi TikTok bagi menjerat mangsa, tumpas apabila polis menahan lapan …
Maklumat Lanjut

SEMAKMULE KESAN LEBIH 190,000 AKAUN ‘KELDAI’ DIGUNAKAN SCAMMER

KUALA LUMPUR: Sebanyak lebih 1.9 juta carian akaun bank dan nombor telefon digunakan sindiket penipuan direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil …
Maklumat Lanjut

WASPADA PENIPUAN TAWARAN RUMAH SABAH MAJU JAYA, PPRT

SANDAKAN (2 Mei): Penduduk kawasan Batu Sapi dinasihati agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan mengenai pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ), …
Maklumat Lanjut