GREEN PARK UNTUK PENGHANTAR MAKANAN

GREEN Park atau tempat letak kenderaan khusus dan stop centre (tempat rehat) bakal dibina sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk kegunaan penghantar makanan.

Inisiatif tersebut antara yang dibincangkan ketika Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias beramah mesra bersama kumpulan penghantar makanan di Restoran Anjung Seri petang semalam.

Jalaluddin berkata beberapa perkara wajar diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga boleh menyumbang dalam menaik taraf soal kebajikan kumpulan penghantar makanan.

“Pertamanya tentang stop centre atau tempat rehat mereka di beberapa lokaliti di Kuala Lumpur yang boleh diwujudkan dan dibina oleh pihak DBKL bagi kegunaan penghantar-penghantar makanan.

 

“Kedua, mewujudkan beberapa Green Park buat penghantar makanan bagi memudahkan mereka untuk menjalankan tugas menghantar makanan sama ada di premis perniagaan, perumahan termasuk di premis pejabat-pejabat kerajaan.

“Perkara itu akan kita jalankan serta merta, di mana setakat ini dua telah kita bina di menara DBKL, untuk kegunaan semua penghantar makanan dan kita akan bina 10 lagi sekitar KL di beberapa lokaliti tertentu,” katanya kepada Wilayahku.

Tambahnya selain daripada itu, kebajikan yang diperjuangkan kumpulan penghantar makanan adalah mengenai insuran kemalangan, hilang upaya dan pelbagai lagi serta beberapa aduan yang akan diteliti untuk dibantu sewajar mungkin mengikut kapasiti Kerajaan.

Dalam pada itu, beliau juga berkongsi mengenai talian khas atau hotline yang diwujudkan bagi membolehkan orang ramai terutama warga Wilayah Persekutuan menyampaikan permohonan atau aduan bagi diambil tindakan sewajarnya.

“Antara perkara yang saya lihat, ramai antara mereka hantar beberapa aduan dan permohonan termasuk untuk menjaga kebajikan peniaga dan beberapa perkara yang mempunyai masalah dalam Kuala Lumpur.

“Jadi saya dapati antara saluran yang mudah untuk mereka sampaikan pandangan dan aduan ialah dengan mewujudkan talian khas bagi memudahkan rakyat menyampaikan apa jua aduan dan juga permohonan untuk saya ambil tindakan sebagai Timbalan Menteri WP,” tambahnya. – WILAYAHKU 

SUMBER: WILAYAHKU https://www.wilayahku.com.my/

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut