TRANSFORMASI TAMAN TASIK PERMAISURI

Sekitar tinjauan YB Dato’ Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Luar Negeri merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak ke Taman Tasik Permaisuri Cheras Kuala Lumpur petang tadi.

Beliau telah diberi taklimat ringkas oleh YBrs. LAr. Zulkifli Endut, Pengarah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL berkenaan transformasi Taman Tasik Permaisuri.

Antara keunikan taman ini yang menjadi tarikan para pengunjung iaitu landskapnya yang bercirikan Taman Diraja Melayu Tradisi, Laman Iskandar Puteri, Kolam Sireh Junjung dan Laman Bunga-bungaan Awan Larat.

 

 

 

DBKL telah melaksanakan kerja-kerja naik taraf taman permainan kanak-kanak, danau ekologi, serambi dayang dan halaman kereta. DBKL juga sedang menambahbaik sistem pencahayaan dan pemasangan cctv bagi keselamatan dan keselesaan para pengunjung.

Selain itu, lokasi taman ini juga strategik yang berdekatan dengan stadium, hospital, pusat belia, masjid, perumahan awam dan swasta, kompleks agensi kerajaan, sekolah dan lain-lain.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan YBhg. Datuk Seri Hj. Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 

#KeluargaMalaysia

#TeguhKitaMenangBersama

#LindungDiriLindungSemua

#KLBandarUntukSemua

SUMBER: FB DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPURĀ https://www.facebook.com/dbkl2u/

 

Artikel/Berita Terkini

APAKAH AKAUN 3 KWSP (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA CAP DAGANGAN 2019

RANTAU PANJANG : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 7 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras …
Maklumat Lanjut

SISA TEKSTIL TAK TERKAWAL ANCAM TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

Tapak pelupusan sampah di seluruh negara bakal berdepan masalah kritikal sekiranya pembuangan sisa tekstil yang mengambil masa 200 tahun untuk …
Maklumat Lanjut