MESYUARAT KHAS CITF PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

KOMTAR, 11 September 2021 – Mesyuarat Khas Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah dipengerusikan bersama oleh YB Menteri Kesihatan dan YAB Ketua Menteri pada hari ini. Mesyuarat yang merupakan salah satu agenda lawatan kerja sehari YB Menteri Kesihatan ke Negeri Pulau Pinang turut melibatkan pembentangan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan CITF Negeri Pulau Pinang. Antara lain yang dibincangkan adalah strategi memperkukuhkan kesihatan awam dan vaksinasi, termasuklah penambahan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan meningkatkan kerjasama dengan hospital swasta.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Dato’ Shafiq Abdullah, Exco Alam Sekitar dan Kebajikan, YB Tuan Phee Boon Poh, Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, YB Dr. Hajah Norlela Ariffin, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dr. Chong Chee Kheong, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Dr. Maarof Sudin dan Pengarah Majlis Keselamatan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Tuan Nazrul Fazami Mohamad.

#MenangBersama

#KitaAkanMenang

#KeluargaMalaysia

 

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut