LAWATAN PENGARAH MKN NEGERI SABAH KE PROGRAM OUTREACH DI PULAU MABUL SEMPORNA

 

Pulau Mabul, Semporna 03 September 2021 Lawatan Pengarah MKN Negeri Sabah ke Pulau Mabul bagi menghadiri jemputan perasmian program Outreach anjuran Pejabat Daerah Semporna  dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang dirasmikan oleh YBrs. Dr. Rose Nani Mudin, Pengarah kesihatan Negeri Sabah.

Program Outreach yang diadakan tersebut adalah memberi tumpuan dan kemudahan khususnya kepada penduduk Pulau Mabul untuk mendapatkan Vaksin agar penduduk Pulau Mabul tidak lagi perlu ke PPV untuk mendapatkan vaksin. Vaksin yang dibekalkan dalam program ini adalah vaksin Cansino yang hanya memerlukan 1 dos sahaja. Oleh sebab  itu, penduduk tidak lagi perlu untuk mengambil dos kedua bagi menerima vaksin dan ini memudahkan tim kesihatan dan juga penduduk.

Seramai 713 orang menerima vaksin Cansino di Pulau Mabul pada hari tersebut.

Dalam lawatan tersebut Puan Pengarah berkesempatan memberikan sumbangan Facemask, Hand sanitizer, sejadah  untuk keperluan surau di Pulau Mabul dan Bendera Jalur gemilang Sempena Hari kebangsaan baru-baru ini kepada Wakil Masyarakat Pulau Mabul.

 

Road to 80% vaccinated

#LindungiDiriLindungiSemua

#jompilihvaksin

#MKN50

 

 

Artikel/Berita Terkini

FAKTA IMPAK KRISIS TENAGA GLOBAL TERHADAP MALAYSIA

Malaysia ialah pengimport minyak mentah untuk menampung keperluan domestik: 🚗 Penggunaan minyak mentah domestik: ±700,000 tong sehari 🛳️ Pengeluaran minyak …

PENJARA TIGA TAHUN JIKA GUNA MYKAD ORANG LAIN UNTUK BELI PETROL

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menggunakan MyKad orang lain termasuk milik ahli keluarga sendiri …

PROGRAM MYLESEN JPJ NEGERI MELAKA PERINGKAT UJIAN BERTULIS DAN KELAS KPP

Melaka – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka telah melaksanakan Program MyLesen JPJ Negeri Melaka yang melibatkan sesi Kelas Kurikulum …