KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YDH KETUA POLIS PULAU PINANG

Pulau Pinang, 9 September 2021 – YBrs. Pengarah Keselamatan Negeri Pulau Pinang (MKN), Encik Nazrul Fazami bin Mohamad telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH CP Dato’ Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang pada hari ini. Dalam kunjungan tersebut, sesi perbincangan telah diadakan mengenai isu-isu keselamatan di Negeri Pulau Pinang.

Hadir sama menemani kunjungan itu adalah DSP Ahmad Hamdi bin Jamaludin, Penolong Pengarah MKNPP (Polis) dan Mejar Jala @ Jalal bin Abdullah, Penolong Pengarah MKNPP (Tentera). Turut hadir YDH DCP Dato’ Fisol bin Salleh, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, SAC Winston Tan Thye Wah, Ketua Cawangan Khas, SAC Rahimi bin Ra’ais, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Supt Izuan bin Abd Karim, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam.

#MenangBersama

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut