PPV INTEGRASI KLCC DITUTUP SECARA RASMI BERMULA 9 SEPTEMBER 2021

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi KLCC ditutup secara rasmi bermula 9 September 2021. Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Dato’ Dr Anas Alam Faizli berkata, PPV itu telah memberi 730,000 dos vaksin sejak mula beroperasi 7 Jun 2021.

“Terima kasih kepada semua petugas, penyelaras PPV dan pengamal perubatan swasta yang telah bekerjasama dengan KKM. Anda wira negara,” katanya ketika melawat operasi hari terakhir PPV itu, hari ini.

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd merupakan anak syarikat KKM yang tidak berasaskan keuntungan dan telah dilantik sebagai pelaksana penyertaan pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

#MKN50

#StaySafe

#KitaJagaKita

SUMBER: FACEBOOK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA  https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

Artikel/Berita Terkini

RM32.3 JUTA PERUNTUKAN PERKUKUH AGENDA PENDIGITALAN SABAH

MEMORANDUM: Joniston (tiga kanan) yang mewakili Hajiji dan James (tiga kiri) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman pada Majlis Pelancaran Identiti Baharu …

HAJIJI KOMITED TINGKAT KUALITI PROGRAM PENDIDIKAN SABAH

KUNJUNGAN: Hajiji dan Lo bersama delegasi JPNS diketuai Raisin semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Isnin. KOTA KINABALU: Ketua …

BIMP-EAGA GAMES 2026 PERKUKUH PERPADUAN SERANTAU, PERKASA BELIA

ALBUM: Nizam (enam dari kanan), Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Seri Anil Sandhu bersama …