TINJAUAN PEMATUHAN SOP DI BSN – BANTUAN KHAS COVID-19 (BKC)

Satu tinjauan telah dilaksanakan ke atas Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Danau Kota, Wangsa Maju, Jalan Genting Klang, Setiawangsa dan Brickfields bagi memantau dan melihat keadaan semasa kehadiran masyarakat ke premis berkenaan bagi tujuan urusan tuntutan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Pelan Pemulihan Negara secara berperingkat yang bermula pada 6 Sep 2021 tempoh hari.

Tinjauan adalah bertujuan untuk memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan BSN serta tahap kepatuhan masyarakat yang hadir bagi urusan tersebut. Berdasarkan kepada tinjauan di lapangan, mendapati premis serta staf-staf BSN ini dilihat mematuhi serta fokus di dalam melaksanakan/mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Penambahan jumlah pengunjung yang hadir dan menunggu di luar premis bagi tujuan urusan ini berlaku hanya pada waktu-waktu tertentu mulai jam 0930 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Namun begitu, keadaan di luar premis tersebut adalah terkawal dan sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan BSN serta pengawal keselamatan yang bertugas. Masyarakat juga turut menunjukkan tahap pematuhan SOP yang baik walaupun terpaksa menunggu lebih lama bagi mendapatkan giliran urusan mereka.

Dapat dilihat juga rondaan, pemantauan serta ingatan terhadap pematuhan SOP dilaksanakan oleh Unit Peronda PDRM kepada pengunjung-pengunjung yang hadir bagi melaksanakan urusan di premis-premis BSN tersebut.

Artikel/Berita Terkini

KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR

Kuala Terengganu merupakan ibu negeri Terengganu, sebuah negeri di Malaysia yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini mempunyai …
Maklumat Lanjut

KETAHUI KEPERLUAN KALORI ANDA

Setiap makanan yang kita makan akan menghasilkan tenaga. Tenaga yang terhasil daripada proses pembakaran makanan dalam tubuh ini dikenali sebagai …
Maklumat Lanjut

ENAM PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU PADA BULAN SYAWAL

Bulan Syawal merupakan bulan ke-10 dalam takwim Hijrah. Pada 1 Syawal, umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan setelah …
Maklumat Lanjut