“SUSTAINING LIVES AND LIVELIHOOD: 3K”

YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Pusat Peyelarasan dan Pengurusan COVID-19 Wilayah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai Jawatankuasa COVID-19 Coordination and Management Committee (CCMC) peringkat Wilayah Persekutuan akan meneruskan hala tuju Pengurusan Pandemik di Wilayah Persekutuan berteraskan kepada konsep “SUSTAINING LIVES AND LIVELIHOOD: 3K”.

 

Konsep 3K ini lebih tertumpu kepada aspek Keselamatan, Kesihatan Awam dan Kesejahteraan Ekonomi Masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan. Melalui pendekatan dalam mengekalkan dan mengimbangi Lives and Livelihood tersebut, semua agensi di Wilayah Persekutuan akan memberi fokus secara bersepadu terhadap :

 

 

Mewujudkan dimensi baharu elemen penguatkuasaan yang bukan sahaja melibatkan tindakan agensi penguatkuasaan semata-mata namun begitu, peranan proaktif komuniti dalam penguatkuasaan kendiri hendaklah diperkasakan;

 

 

 

Mempersiapkan warga Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuklah memperkasakan  budaya norma baharu dalam rutin kehidupan masyarakat ke arah Fasa Endemik COVID-19; dan

 

 

 

Memacu dan merancakkan semula sektor ekonomi di Wilayah Persekutuan khususnya kepada golongan yang terjejas, yang mana CCMC Wilayah Persekutuan akan mengangkat cadangan untuk pembukaan lebih banyak sektor ekonomi yang terkesan ke peringkat Pusat.

 

 

 

Infografik Ihsan : FB Kementerian Wilayah Persekutuan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …