OPERASI BERSEPADU PEMANTAUAN PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 2 DI DAERAH HILIR PERAK

HILIR PERAK, 2 September 2021 – Operasi Pemantauan Pematuhan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 telah dilaksanakan secara bersepadu antara agensi di daerah Hilir Perak hari ini bagi sektor pengilangan dan pembuatan. Operasi yang dijalankan dengan seramai 12 orang kekuatan anggota daripada PDRM, MKN, JKT dan JIM daerah Hilir Perak.

Hasil pemantauan mendapati terdapat kegagalan individu untuk mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi Mysejahtera serta kegagalan premis dalam mematuhi kapasiti kehadiran pekerja. 3 kompaun telah dikeluarkan berdasarkan garispanduan pengkompaunan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit [ Akta 342 ] (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) 2021.

Ayuh semua bersama kita kekal berdisiplin dalam mematuhi SOP yang sedang berkuatkuasa untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Artikel/Berita Terkini

KEMPEN DERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Disertakan maklumat …

PERHIMPUNAN SETIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Jabatan Pengangkutan …

OPS BERSEPADU DADAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JPJ Negeri …