SEMARAK MERDEKA : “MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA”

   

Sambutan Hari Kebangsaan semakin dapat dirasakan apabila setiap barisan jalan dan premis bangunan serta  kediaman di hias indah dengan kibaran Jalur Gemilang. Kanak-kanak juga merupakan antara individu yang paling gembira apabila mereka dapat  mengibarkan bendera sambil menyanyikan Lagu Kemerdekaan.

Pepatah Melayu ada mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, jadi marilah kita bersama-sama memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme dikalangan anak-anak. Kalau bukan kita yang mencorakkan mereka, siapa lagi bukan?

Ayuh kita gelorakan Sambutan Hari Kebangsaan dengan kibaran Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti rakyat melawan pandemik Covid-19!

    

 

Gambar kredit : Pejabat Penerangan daerah Port Dickson

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …