TINJAUAN MKN JOHOR KE PPV ISKANDAR MALAYSIA STUDIOS, JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 26 Ogos 2021 – Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor (MKN Negeri Johor) telah berkesempatan membuat tinjauan ke PPV Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru. PPV ini beroperasi untuk memberi vaksin penduduk di daerah Johor Bahru dengan kapasiti seramai 2,000 hingga 3,000 orang penerima vaksin sehari. Seramai 2,300 orang dijangka akan menerima vaksin di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru pada hari ini.

Pengarah Keselamatan Negeri Johor, En. Mohd Tarmizi bin Dan turut berkesempatan meluangkan masa untuk melihat proses pemberian vaksin di PPV Iskandar Malaysia Studios. Lawatan ini turut disertai oleh wakil KK Gelang Patah (Penyelaras KKM), wakil HCO (Gleneagles Medini Johor), Penyelaras CITF Daerah dan wakil Iskandar Malaysia Studios.

Terima kasih diucapkan kepada semua para petugas yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran proses pemberian vaksin di daerah Johor Bahru.

Semoga usaha dan inisiatif sebegini dapat meningkatkan lagi tahap capaian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada kumpulan sasar sekaligus #ImunitiKelompok dapat dibentuk dengan segera. Bagi membentuk imuniti kelompok, sebanyak 80% rakyat perlu divaksin. Sila daftar segera bagi yang belum mendaftar vaksin. Bersama-sama kita berganding bahu membentuk imuniti kelompok. Ingat. Kini hanya #KitaJagaKita dan #KitaMasihBelumMenang

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Sumber gambar: MKN Negeri Johor

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …