YAB MENTERI BESAR JOHOR SAMPAIKAN SUMBANGAN DARIPADA YAYASAN SULTANAH FATIMAH KEPADA 10 BUAH SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA DAN KOLEJ SWASTA DI NEGERI JOHOR

JOHOR BAHRU, 10 Ogos 2021 – YAB Dato’ Haji Hasni bin Mohammad, Menteri Besar Johor telah menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Sultanah Fatimah sebanyak RM1.5 juta kepada 10 buah Sekolah Persendirian Cina di Negeri Johor dan sebuah Kolej Swasta, Southern University College (SUC). Sumbangan tersebut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Johor kepada Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim serta wakil-wakil sekolah dan wakil SUC di Pejabat Menteri Besar Johor. Turut hadir, Penasihat Khas Kepada YAB Menteri Besar Johor (Hal Ehwal Masyarakat Kaum Cina), Datuk Tee Siew Kiong.

Daripada jumlah RM1.5 juta itu, sebanyak RM500,000 diberikan kepada SUC, manakala setiap sekolah menerima peruntukan RM100,000. Sekolah-sekolah yang menerima sumbangan berkenaan termasuk tiga buah Sekolah Menengah (SM) Foon Yew, iaitu di Johor Bahru, Kulai dan Seri Alam, Sekolah Cina Chong Hwa Kluang, SM Cina Batu Pahat, SM Pei Chun, SM Chung Hwa, SM SBR Chung Hwa, SM Yong Peng dan SM Pei Hwa.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …