PROGRAM DERMA DARAH PERINGKAT 10 RAMD DI DEWAN SERBAGUNA, KEM MAJIDEE JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 10 Ogos 2021 – Seramai empat pegawai dan 88 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) terlibat dalam Program Derma Darah sempena Hari Tentera Darat Ke-88 dan Hari Pahlawan 2021 peringkat 10 RAMD bertempat di Dewan Serbaguna, Kem Majidee pada 10 Ogos 2021.

Program ini bertujuan untuk membantu memenuhi keperluan bekalan darah di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat serta dapat memupuk nilai murni dalam diri penderma darah dan rasa tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Aktiviti ini dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara pengendalian aktiviti derma darah dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perlaksanaan acara ini selari dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam. Turut hadir dalam program tersebut ialah, Pegawai Memerintah 10 RAMD.

Untuk perkembangan terkini dari semasa ke semasa, ikuti FB MKN Johor di https://www.facebook.com/mknnegerijohor

Oleh: Lt Muhammad Qamarull Abd Wahid
Gambar: LKpl Muhammad As’Asraffih Mohd Al’As

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …